TENTANG TRAF

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pelawat yang sudi singgah di blog ini. Adakah anda masih keliru mengenai pilihan perkhidmatan catering yang benar-benar dapat memuaskan hati anda dengan masakan, layanan dan perkhidmatan serta harga yang berpatutan?

Untuk makluman semua , Tanjung Rimau Agro Farm adalah sebuah syarikat Bumiputera Melayu yang diasaskan bermula sebagai sebuah syarikat perladangan lembu dan kambing atas nama Tanjung Agro Farm. Setelah beberapa tahun penubuhannya, Tanjung Rimau Agro Farm atau lebih dikenali dengan nama tRAf mula memperluaskan bidang perniagaannya dengan bergiat di dalam bidang katering. Semenjak itu tRAf ditubuhkan untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan. Pengasasnya Puan Roslin Binti Lamin atau lebih mesra dengan panggilan Puan Lin adalah anak jati negeri Melaka mula bergiat aktif dalam dunia perniagaan pada 23 Ogos 2010. Dengan matlamat untuk memperluaskan lagi perniagaan yang berteraskan penternakan dan perkhidmatan penyediaan katering, Puan Lin mengambil inisiatif menggunakan media sosial dan laman sesawang untuk menerokai pasaran baru. Dengan itu, maka halaman web ini  dan www.traf2u.com dibangunkan.

TRAF Catering menjadikan kegiatan membekal makanan bermasak untuk semua jenis majlis sebagai agenda utama. Terdapat tiga perkhidmatan utama yang di tawarkan olehTanjung Rimau Agro Farm. Antaranya termasuk Perkhidmatan Pakej Aqiqah, Perkhidmatan Katering Pakej Perkahwinan dan Perkhidmatan menyediakan haiwan ternakan untuk sembelihan. Perkhidmatan Pakej Katering Perkahwinan dan Akikah yang ditawarkan ini meliputi kawasan yang luas bermula dari Muar Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang.

TRAF Catering mengendali dan menyediakan khidmat lengkap untuk sebarang jenis majlis perkahwinan, pertunangan, tahlil, seminar, hari keluarga, majlis hari jadi, majlis rasmi, majlis santai serta banyak lagi . Berbekalkan pengalaman, TRAF Catering kini mampu menyediakan perkhidmatan yang cepat dan cekap. TRAF Catering kini sedia untuk bersaing di pasaran untuk menyempurnakan majlis gilang-gemilang anda. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyediakan dan melakukan apa sahaja kehendak anda kerana setiap kepuasan hati pelanggan adalah kebanggan kami.

TRAF Catering menyediakan pelbagai jenis hidangan untuk pelbagai jenis majlis serta pelbagai jenis perkhidmatan yang lain. TRAF Catering akan buat apa yang anda mahukan dan menjadikan segala urusan anda berjalan lancar. TRAF Catering menyediakan pakej yang terendah dan mampu diantara katering lain dengan jaminan servis yang bagus.

Sekiranya anda memerlukan lebih maklumat berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh TRAF Catering, sila ke halaman perkhidmatan yang disediakan. Selain dari itu, anda juga boleh menghubungi kami di talian seperti yang tertera di halaman Hubungi Kami.

TraF Day